Thursday 8 December 2016

Trip to Bali (with agent for the first time) - Day 3

Hari: Isnin
Tarikh: 5 December 2016
Tempat Menarik: "Kuta Beach', Tanah Lot Temple, shopping di Agung Bali, makan di Malioboro, airport, airport KLIA 2



DAY 3


Keesokan harinya, kitorang malas nak turun bawah untuk breakfast. Jadi kitorang ngap la roti-roti dan bubur (semalam beli dari kedai) sampai kenyang. Lepas tu, kitorang jalan pegi Kuta Beach dekat hotel tu (at least tu apa yang tourguide bagitau). terpaksa lalu kat depan kedai semalam, tapi aku tarik tangan husband untuk melintas , so tak perlu tengok diorang lagi (haha, jahat tak?). Bila sampai je kat pantai, kitorang tercengang. Ini ke ‘the famous Kuta Beach’? Reclaim Pantai Klebang lagi cantik duh! Serius tak lawa! Dengan sampah bertimbun-timbun, tahik anjing merata-rata, kitorang rasa bodoh pulak sebab keluar tengah panas tu untuk ‘menikmati’ pemandangan Kuta Beach. Kecewa duh…. Maka, balik la ke bilik…



* ni ha 'Pantai Kuta' tu. kecewa tak?*



*nota: Husband ada tanya kawan dia, betul ke tu Kuta Beach. Dia kata dah betul, tapi yang cantik tu dekat dengan Hard Rock Cafe. Bila aku Google, nak ke ‘real’ Kuta Beach dekat Hard Rock Cafe tu kena jalan for another 30 minit. Tak sanggup aku. Lagipun, lega aku dengar yang aku pegi pegi tu bukan la ‘Kuta Beach’ yang sebenar, phew~

Kemudian, pada jam 12pm, kitorang check-out dan tourguide pun dah tunggu. So kitorang mengharungi jem yang agak teruk untuk ke next temple: Tanah Lot.

Tanah Lot atau tanah laut adalah temple yang dibina atas batuan yang berdiri sendiri (standalone) di atas laut. Dalam banyak-banyak temple yang itinerari original cadangkan, Tanah Lot je aku nak pegi, yang lain macam biasa. Memang cantik tempat tu. Sayangnya, masa pegi tu air pasang, so tak boleh pegi temple, just tengok dari jauh je laa…

* ni dah kat Tanah Lot. Opss, belakang tu bukan temple-nya ye?*



*Haa, ni ha Temple Tanah Lot sebenar. Cantik sangat lokasi dia*



*Tanah Lot Temple*




Next kitorang pegi menyopping di Agung Bali. Kat sini memang highly recommended (juga recommended dari tourguide) sebab barang kat sini kualiti jauh lebih tinggi berbanding yang dijual di tepi jalan. Contohnya, baju t-shit husband aku ada corak batik di tengah. Mind you, corak tu bukan printed, tapi batik yang original dia jahit kat tengah-tengah baju. Memang cantik! Kain pulak soft cotton, jenis serap air. Woo, rugi tak beli satu untuk sendiri…

Habis dekat sejuta rupiah kat situ, hahaha…


*Menyopping di Agung Bali, ni kedai baru, kedai kedua*



Then, sepatutnya pegi Upside Down World, tapi sebab dah agak lewat, kitorang pegi makan terus kat Malioboro. Bukan la Malioboro kat Jogja tu, tapi nama kedai tu Malioboro. Ayam tu digoreng sampai rangup sampaikan tulang dia pun boleh dikunyah macam snek! Sedap! Tapi aku dapat bahagian dada. Aku memang tak gemar bahagian dada ayam, sebab muak sikit. Encik husband tolong habiskan, hehehe…

*Anyone datang Bali, try la makan kat sini. Nama kedai ni Ayam Tulang Lunak Malioboro. Alamat: Jalan Kediri, No.50 i-j, Tuban Kuta, Bali*



*Ni ayam yang tulangnya 'lunak'. serius boleh makan tulang dia, rangup. licin pinggan kitorang*




Later, dah jam 5pm. Cepat-cepat kitorang bertolak ke airport sebab flight jam 7.20pm, huhuhu…

Lepas sampai airport, kitorang ucapkan selamat jalan ke tourguide dan driver. Hopefully next 2 year we’ll return here and will hire them again, hehe…

Sampai je airport, kitorang keluarkan barang dari plastik, cabut tag harga dan buang plastik tu. Tu nak elakkan daripada kena ‘cukai’ extra, hahaha…

Then masuk gate macam biasa la. Dalam jam 8pm baru naik kapal terbang, lewat lagi…

Sampai airport KLIA2, passport husband buat masalah lagi. Chip kat dalam tu tak dapat nak di scan. So dia terpaksa masuk kaunter manual. Actually, lepas jadi masalah pada passport dia, orang lain pun kena jugak. Sebenarnya dah ada notis kat situ bagitau yang passport mulai bulan tertentu, tahun tertentu (pendek kata, passport yang baru) ada masalah sikit pada cip dia. No wonder la passport husband selalu ada masalah. Aku punya passport tahun 2014, so memang lancar je kalau lalu autogate tu, tak pernah ada masalah. Dia punya yang baru tu yang bermasalah. So dah cakap dengan dia, next time, terus masuk manual je, tak yah masuk autogate, buang masa.

Anyway, tu je la ceritanya perjalanan kami ke Bali. Pendek kata memang best sebab tourguide banyak bagitau kitorang pasal budaya diorang kat sana. Tanya je apa, semua dia boleh jawab.


*Koleksi barang borong dari sana. Untuk pengetahuan korang, yang botol putih bertutup biru tu adalah cheese spread. Punya la bengong aku ni, tah kenapa boleh tak masukkan botol tu dalam check-in luggage. Dah kena rampas kat kastam, huhuuhuuu~ Tinggal kenangan. Tak sempat rasa pun!*



*Ni la mereka yang menguruskan perjalanan, makan dan penginapan kami. dari kiri, Mas Dewa selaku driver, tengah tu husband aii, dan kanan sekali tu la Mas Made, selaku tourguide kitorang. Highly recommended, 5 star i give them*


**********

Bawah ni merupakan sebahagian perkara yang kitorang belajar dari Made:

Nota tentang budaya (rumah): di Bali, biasanya rumah tradisional mereka ni luas. Mereka kena ada sekurang-kurang 4 buah bangunan dimana menunjukkan kepada arah (rumah utara, timur, barat dan selatan). Kalau nak ke satu rumah dari satu rumah, memang kena lalu halaman rumah. Rumah utara biasanya diduduki oleh mak dan bapak rumah tersebut, satu lagi rumah untuk anak-anak. Rumah lain pula untuk dapur dan satu lagi (tak silap) untuk tetamu. Dalam kawasan rumah tu juga perlu ada bangunan serupa pentas dimana boleh buat aktiviti di situ, seperti majlis kahwin, majlis kematian etc. Rumah tradisional Bali ni memang lengkap dengan tembok yang tinggi-tinggi, tapi pintu masuk cenonet je. Luas pintu masuk tu adalah bersamaan dengan saiz siku-ke-siku tuan rumah bila dua berdisi dengan tangan bercekak ke pinggang. Dan di rumah tu perlu ada satu menara sembahyang keluarga dan menara-menara lain menunjukkan bilangan ahli keluarga dalam rumah tu, contohnya sepasang suami isteri ada 4 anak, jadi kena ada 6 menara untuk sorang satu. Tujuan menara peribadi ni untuk diorang sembahyang. Boleh tau dari situ kalau ada yang mengelat sembahyang, hahaha~

Nota tentang budaya (keluarga/kasta): Pertama, menurut tourguide kitorang, dalam budaya di Bali, setiap turutan anak ada nama sendiri seperti kita di Malaysia, yang sulung dipanggil Along, kedua; Angah, ketiga; Achik dan seterusnya. Mereka pula untuk anak pertama ialah Wayan, kedua; Made, ketiga; Nyoman dan keempat; Ketut. Kalau ada lebih, akan diulang-ulang nama ni. Yang keduanya, nama awalan ‘I’ dan ‘Ni’ membezakan antara lelaki dan perempuan (I untuk lelaki, dan Ni untuk perempuan). Ketiganya, orang di Bali jugak banyak tertakluk pada budaya lama Hindu, jadi, mereka masih lagi ada sistem kasta cuma dah tak sekuat dulu. Kasta dibahagikan kepada 4; Brahmana (pendeta), Ksyatria (pemerintah), Wesia (pedagang) dan Sudra (petani). Wanita di Bali boleh kahwin dengan lelaki mana-mana kasta dan perlu ikut kasta lelaki tersebut tak kira lebih tinggi atau rendah, tetapi lelaki hanya boleh berkahwin dengan wanita dari kasta yang sama atau lebih rendah. Di Bali, menurut tourguide, orang dengan nama seperti Ida Bagus (lelaki) dan Ida Ayu (perempuan) menunjukkan bahawasanya diorang tu datang dari kasta Brahman.. Nama-nama seperti Anak Agung, Dewa, Dewi, Dewayu pula untuk kasta Ksyatria. Untuk golongan Wesia (pedagang) dan Sudra (petani) pula gunakan nama yang biasa (Wayan, Made, Nyoman dan Ketut). Jadi contoh nama seperti Ida Bagus Made Swastika Jaya boleh bagitau kita yang orang tu adalah wanita Brahmana (Ida Bagus) dan anak kedua (Made), atau nama seperti I Gusti Ngurah Rai (nama airport) tu pula menunjukkan orang tu adalah lelaki (I) dan dari golongan Ksyatria (Gusti).

Nota tentang pekerjaan: kat kawasan Bali ni, gomen diorang dah tetapkan satu kawasan, satu specialty. Contohnya Celuk adalah kawasan silver, kampung Made tourguide kitorang tu pulak kawasan ukiran kayu, kampung tu pulak kawasan ukiran batu, etc. Ni untuk membuatkan satu-satu tempat tu sentiasa dilawati sekaligus menjadikan pekerjaan mereka sebagai tourist attraction.

Nota tentang lawatan temple: Kalau nak masuk temple, pastikan kau tak period (perempuan lah!). Kalau datang bulan tu, sila tunggu di luar. And kalau nak masuk temple, kena pinjam sarong dari luar. Pinjam tu free jer. 1st kena ikat sarong, then kena ikat satu kain kuning atas sarong tu. Ikat je la camne pun Joyah oii, asalkan tak terlucut, huehue…

Nota tentang Hardseller: mostly kat Indonesia, ada banyak orang jual-jual kat tepi jalan. Range barang dari t-shirt ke, kraftangan. Diorang akan datang menerpa kadang-kadang tu ramai-ramai sampai kita jadi tak selesa. Kita nak menikmati pemandangan tapi kena kacau. Kadang tu, kita duk berborak dengan tourguide, hardseller ni boleh berdiri di celah antara kita dan tourguide tu and sua barang dia kat muka kita suruh beli. Tapi diorang membolehkan kita tawar menawar. Kau nak beli? Kau tawar la up to 50% of the price. Kalau diorang jual 500,000 rupiah, tawar nak beli dengan harga 250,000 rupiah atau maybe tawar macam 700,000 untuk beli 3 unit. But mind you, once kau dah tawar, u can never go back. Start tawar je, kau kena beli in the end. Kalau tak, nanti diorang bising. Tu yang leceh tu…

**********

Okay, terima kasih kerana sudi membaca catatan aku ke Bali baru-baru ni. Kalau ada soalan, sudilah email aku ya? Jangan risau, email tu masih aktif, dan itu la email yang aku selalu pakai, so memang akan berjawab kalau korang hantar soalan ke email tu. Thanks again!


See also:

Trip to Bali
Trip to Bali Day 2

No comments: