Thursday 8 December 2016

Trip to Bali (with agent for the first time)


Day: Sabtu, Ahad, Isnin
Date: 3, 4 dan 5 December 2016
Place of Stay: Solaris Hotel, Kuta
Agent: Pearl Holiday (Malaysia), Coconut Travel (Bali)


Ok, so citernya bermula cenggini, mak aku baru pencen, and dia dapat ‘hadiah penghargaan perkhidmatan’ dari tempat kerja dia. Since dia dapat all-inclusive package for 2, dia cuma tinggal pilih tarikh dan bawak duit belanja je.

Tapi……..

Abah taknak fly (baca: takut).

So, nak tak nak, mama pun takmo pegi la, since dia sebenarnya lebih nak ke Yogyakarta atau Bandung. Last-last dapat Bali, huhu…

Jadi?

Yes, dia bagi kat aku and husband, since kitorang je yang ‘berdua’ and ada cuti flexible, lebih cantik kalau pass kat kitorang.

So, bermula lah episode kitorang menggelabah simpan duit untuk belanja kat sana. Last-last sempat simpan around 2.5 juta je (dalam RM700). Takpe, still merasa jadi ‘jutawan sekelip mata’, hahahaha…

Okay, kat Malaysia, aku berurusan dengan agent dari Pearl Holiday, nama Mr. Y. K. Tan. Senang berurusan dengan dia, tanya apa je dia jawab walaupun dia jawab lewat sikit. Anyway, kesian dia kena cari tarikh sesuai untuk kitorang. Since husband cuti dah habis that time, kitorang tak dapat apply cuti more than 1 day. So nak tak nak terpaksa amik weekends + 1 working day. Yang tak cantiknya, flight tiket for those time dapat malam je, kalau nak siang, kena pegi weekdays.

Anyway, kitorang proceed je dengan tiket malam.

**********

Hari: Sabtu
Tarikh: 3 December 2016
Tempat Menarik: Aiport, Airport Ngurah Rai, Hotel


DAY 1


Jadi dari Malaysia, kitorang fly dari KLIA2 pada jam 7.45pm dan sampai I Gusti Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali pada jam 10pm sebab ada delay sikit flight malam tu.

Agak pelik malam tu, once sampai je, kitorang kena turun ke tarmac dan jalan kaki. Sapa tak tau, tarmac tu adalah sebahagian daripada landasan, jadi basically, kalau jalan atas tarmac tu, masudnya kau jalan kat landasan kapal terbang. Zaman sekarang ni kan just ada extended walkway yang menghubungkan terus dari bangunan ke dalam kapal terbang, so bila kena jalan atas tarmac ni, memang luar biasa sikit la, hahaha… Tapi takpe sebab ada bas tunggu. Kitorang ramai-ramai naik bas tu menuju ke arah bangunan utama.

Sampai sana, the airport exceed my expectation. Cantik! Besar! Selesa! Okay, takjub kejap. Lepas dah melepasi imigresen dan kastam, kitorang sampai la kat pintu utama. Mak aih! Ramai gila supir menunggu! Ada la more than 100 orang. Hahaha, first time nampak benda camni.

*ni je gambar airport dia yang sempat aku snap*


Cari punya cari, jumpa la supir kami a.k.a tour guide kami yang angkat kadbod ada nama aku tinggi-tinggi. Hahaha, okay, serius ni first time aku ada experience camni.

Lepas jumpa tourguide ni kat luar, kitorang tunggu pulak kenderaan. Right here baru aku tau bahawanya tour ni adalah private tour, tak macam kat Krabi kitorang pegi dulu, campur-campur je orang as long as diaorang pegi tempat yang sama. Okay, kali ni dapat private tour, cool…

Tourguide tu perkenalkan diri sebagai Made (sounds like Madi) dan supirnya (driver) sebagai Dewa. Okay, first impression: touguide sangat peramah tapi driver senyap je. Tak mesra langsung (nota: towards the end, baru la dia boleh berborak sikit dengan kitorang, tu pun sebab cerita pasal bola dan Upin Ipin, orang Indonesia suka Upin Ipin rupanya), hehehe…

Perjalanan terus ke hotel, tak lama pun, dalam 10 minit terus sampai. Tapi since sampai dah malam, no dinner la. So kitorang apa lagi, bedal la roti yang dibawak dari Malaysia. Nak turun ke Indomaret (kedai macam 7-11) kat bawah tu dah malas dah. So, tido la lepas tu.

**********

See also:

Trip to Bali Day 2
Trip to Bali Day 3

No comments: