Thursday 8 December 2016

Trip to Bali (with agent for the first time) - Day 2

Hari: Ahad
Tarikh: 4 December 2016
Tempat Menarik: Barong Dance Show, Art Market, kilang batik, Celuk, Kintamani, Coffee Plantation, Tirta Empul dan Jimbaran (BBQ), Hotel.


DAY 2


The next day, kitorang breakfast kat hotel tu. Erm, kenapa macam tak best? Kalau masin, masin sangat, kalau masam, masam sangat, huhuhu…. Anyway, cepat-cepat habiskan and kitorang pegi ke lobi. Tengok Made dah tunggu dah, huhu…

Aku ada cakap dengan Made, original itinerary ada lawat 4 temple, tapi since kitorang bukannya boleh sembahyang pun kat temple tu, aku mintak dia tukar sikit itinerary, kurangkan lawatan temple dan pegi ke tempat-tempat menarik yang lain. So dia pun okay, dia kata akan bawak kitorang ke 2 je temple, dan lain-lain tu tempat yang menarik di sepanjang perjalanan kitorang. Well, good deal, aku tak membantah langsung.

So bermulalah perjalanan kitorang. First sekali pegi tengok Barongan Dance. Ini adalah tarian tradisional orang Bali, menceritakan tentang Barong (singa) ni ada kawan dengan Kera, then diorang serang dan diserang manusia, then manusia tu nak jumpa dewi tu, dewa ni, etc. Then orang tu jadi dewi, then ada manusia kena rasuk jadi hantu, bertarung dengan dewi ni, last-last dewi tu jadi Barong.

Err, tak paham? Ha, sama la kita, hahahahaha….

Actually ada je diorang bagi paper dengan jalan cerita, tapi tah mana aku letak paper tu, tak jumpa.

Show ni ada la sejam. Yang buat macam rasa panjang sangat, dialog dia dalam bahasa Bali, so, u know la, kalau cakap bahasa Indonesia, boleh gak paham, ni bahasa totally Bali, memang menong je la tengok diorang berlakon.

*ni ha Barong tu, si singa. yang kera tu, Kera la, haha~*



*ambil gambar di pintu masuk sebelum masuk. tengah tu penari dia*


Next!

Tourguide kitorang bawak pegi 3 tempat yang aku tak sempat nak amik gambar:

1) ke art market: kat sini memang ada art and all. Tapi maheiiii…. Sempat beli Kopi Luwak je sebab ada orang kirim. 50gram, cer teka berapa? Jawapan kat bawaaaaaaaahhhhh nun…

2) next dia bawak pegi kilang buat batik. Kat sini nampak la orang bertenun. Kalau kat Malaysia, yang bertenun ni, buat songket kan? Diorang bertenun buat batik. Agak pelik, tapi proses dia agak sama dengan tenun songket. Like always, barang kat tempat kitorang kena stop ni mahal-mahal belaka… Last-last tak beli apa…

3) next dia bawak pegi Celuk. Tempat ni adalah rumah segala rumah silver dan silverware (perak dan pembuatan barang dari perak, rujuk nota di bawah tentang pekerjaan). Dulu kalau kat Jogja, boleh tahan la harga dia. Pegi sini, mak datuk, mampuih kalau nak beli. Ukiran silver dalam frame je dah mencecah 2juta rupiah (dalam RM600), tak mampoo aiii…

4) Rumah Lukis. Actually, ni tak termasuk dalam itinerary, tapi sebab aku ada mengeluh kat tourguide, cakap aku sebenarnya lebih suka lukisan tangan untuk dibawa balik, terus dia cadangkan untuk datang sini.

Kat rumah lukis tu, aku masih tak perasan yang aku masuk ke rumah tradisional orang Bali (rujuk nota di bawah tentang budaya: rumah).

Kat dalam rumah ni, amik kau! Lukisan! Lukisan beribu-ribu! Merata-rata! Dimana saja! Baik dalam bangunan, luar bangunan, yang kecik, yang besar, abstrak atau bertema, semua ada, huhuhu…. Bermula la episode mencari lukisan yang sesuai…

Masuk je, kitorang disambut oleh seorang pakcik yang dalam lingkungan umur 55-60-an. Dia yang bawak kitorang pegi tour satu rumah tu. Kitorang tak tau sampai la dah balik dari sana, bahawasanya pakcik tu la artis lukisan-lukisan tu, huhu… What an honor. Mat Saleh datang pun dia tak bawak pusing, kitorang pulak yang dia pilih. Pandai dia tengok siapa orang seni (aku lah tu! Hehehe…)

Lepas almost sejam aku view semua lukisan dia, maka terbeli la satu lukisan. Actually nak dua, tapi ada satu lukisan yang besar yang aku gemar tu, bila aku pusing balik dah tak jumpa. Kecewa punya pasal, tambah penat, aku amik je la yang first aku nampak lawa tu. Love after first sight katakan, hehehe…

*Lukisan yang aku beli. Lawa tak, lawa tak?*


Then kitorang bertolak untuk lunch…

Perjalanan ni agak jauh sebab dari area Kuta, kitorang ke Kintamani. Kat sini ada view gunung berapi yang masih aktif dan tempat kitorang pegi ni overlook gunung tu dan tasik kat sebelah tu. Very good view. Actually Kintamani ni atas bukit, dah macam Cameron Highlands, tapi maybe tak setinggi CH la, tapi… Tapi once aku bukak je pintu, udara sejuk menerjah ke muka, begitu juga dengan hardsellers tepi-tepi jalan di sana, juga menerjah ke muka aku untuk jual barang dia. (Nota kaki ada dibawah tentang hardsellers ni)

Kitorang masuk balik kereta dan naik sikit lagi, sampai la kat kedai makan yang entah-nama-dia-aku-dah-lupa. Tapi, tapi ada a very good view. Kat situ tempat berhawa dingin dan ada dinding kaca yang besar. Memang boleh nampak view cantik gila la. Dan actually boleh nampak kabus yang masa kitorang stop tadi (kabus tu masih lagi di horizon, around 40-50km dari tempat kitorang tu) dah sampai kat restorang tu. Boleh nampak dengan jelas kabus tu bergerak melanggar bangunan. Terasa sejuk kabus tu. In fact, masa kitorang keluar je dari restoran tu, udara dalam restoran lagi panas dari luar, hehehe…

*gunung berapi kat belakang*



*kat atas tasik tu ada kabus tebal. kabus tu la yang datang 'menyerang' tempat makan kitorang*




*ni kedai makan kat puncak Kintamani. Kabus kat belakang tu bergerak laju, huhu, sejuk...*




Next.

Ni takde dalam itinerary, tapi lepas tu kitorang pegi Coffee Plantation dimana diorang ada buat dan jual kopi luwak. Sampai je sini, kitorang macam masuk hutan, kat situ memang pokok je manjang, dengan pokok kopi, pokok vanilla (yup!) dan bermacam-macam pokok, dia ada path untuk laluan orang. Jalan tu terus ke restoran dia overlooking hutan kat bawah (yup, tempat ni atas bukit). Kitorang tengok ada ‘pertunjukan’ sorang makcik ni duk membakar biji kopi. Kat tepi tu ada beberapa dulang yang berisi kopi bali, kopi arab dan kopi luwak. Kemudian, diorang jemput kitorang duduk and terus dihidangkan sample-sample jualan kopi, teh dan air coklat yang diorang buat sendiri. So, kitorang susun la sample-sample tu atas kad yang diorang buat dan rasa satu-satu cawan. So far, the most disgusting one is teh halia (uhuks!). Terus sakit perut lepas minum air tu. But best ones are teh manggis, teh serai (rasa macam hacks lemon), kopi kelapa (aku yang tak minum kopi ni rasa nak beli, punya la sedap…) dan air koko bali (rasa macam coklat serbuk Van Houten). Yes, diorang tak sediakan kopi luwak tester ye, so jangan nak berangan untuk dapat sample kopi luwak free, hehehe…

*dari kiri: Kopi ginseng, teh halia, kopi Bali, Teh serai, koko Bali, teh roselle, kopi kelapa dan teh manggis*




Lepas sesi merasa, kitorang pun pegi la ke kedai jual serbuk-serbuk teh ni kat sebelah tu je. Tau apa kitorang jumpa? COKLAT CILI!!! Camne rasa? Rasa coklat….. tu sikit je, lebih-lebih tu rasa cili. Coklat rasa cili, KAU HADO???

Bila makan tu, terus rasa menyesal sebab cili dia pedas nak mampuih. Terkinja-kinja lidah aku meraung belas kasihan nakkan air, huhuhu… Tanya penjual, apa motif buat coklat cili ni? Dia kata, untuk buat ‘prank’ kawan. Bungkus coklat ni dalam bungkusan coklat oren, then cakap kat diorang, “ni coklat oren, rasa la” dan tengok reaction diorang camne, ahahah… Kalau kau, ada  rasa nak beli untuk prank orang tak?

Bila bayar, aku tanya cashier, “Ada diskaun tak?”. Dia tengok kat mat saleh duk menyopping kat belakang aku dan tengok balik kat aku, dan dia letak tangan kat mulut dia gaya berbisik, “Ada, untuk orang yang cakap bahasa kita-kita sajaa”, hehehehe… Ada la dapat dalam 20% diskaun. Kitorang beli teh manggis, teh serai dan kopi bali untuk abah. Kopi hitam dan pekat tu memang feveret dia.

Kemudian kitorang teruskan perjalanan straight pegi ke temple Tirta Empul.

Tirta Empul basically (dari apa tourguide bagitau) bermaksud “Air suci dari bawah tanah”. Temple ni jugak ada terletak rumah presiden (lebih kurang macam istana hinggap la) kat atas bukit, overlooking the temple. Kat temple ni ada satu sumber air mata air yang sentiasa keluar. Kemudian air ni di‘direct’kan ke bahagian-bahagian sembahyang (ada dua bahagian untuk orang mandi, dan satu bahagian kecil untuk cuci dan sucikan senjata warisan turun-temurun) yang kemudiannya air sisa ni akan pegi ke satu kolam ikan yang semua ikan-ikan tu gemuk belaka sebelum air tu dilepaskan ke sungai yang mengalir ke luar temple tu.

Tourguide kitorang ambil kesempatan ni untuk cuci muka dia. Katanya nak buang ‘badluck’.

*depan pintu masuk Tirta Empul Temple*



*ni tempat diorang mandi dan sembahyang buang badluck dan mohon good luck. Atas bukit tu presidential palace*




Lepas tu, kitorang salin baju sebab masa tu pun dah jam 7pm. Time to go to Jimbaran untuk berjimbaa… Hahaha, takde la. Ada BBQ candlelight dinner kat tepi pantai malam tu.

Tempat ni betul-betul kat sebelah airport. Dan menariknya, Ngurah Rai Airport ni ada landasan yang ‘stretch’ ke laut (atas air). Memang menarik! Sayangnya, flight tiket kitorang pergi dan balik adalah pada malam hari, so, tak dapat nak tengok keadaan sebenar landasan tu. Dah la dinner kat Jimbaran tu pun tak dapat tengok jalan takeoff kapal terbang tu. Agak rugi.

Anyway, kejap lepas kitorang makan tu, tetiba kat restoran yang kitorang duduk tu nyalakan bunga api. Elok pulak meletup kat atas kepala kitorang. Wah, rasa macam special pulak dinner malam tu. Dah la tepi pantai, candle light, siap ada bunga api pulak tu! Lebih menarik, since kitorang pegi time low season di Bali (musim hujan), kitorang sangat la prone untuk terlibat dalam cuaca tak menarik ni, tapi Alhamdulillah, sepanjang aktiviti kitorang kat luar kereta, takde hujan turun. Dalam perjalanan tu ada la, tapi bila kitorang jalan ke luar, melawat sana sini, takde pulak hujan. Tourguide banyak kali ulang “kamu ni lucky la”. Husband nak je jawab “Ye la, sebab pagi tadi saya udah sembahyang (solat)”, hahaha… Ok, sambung di BBQ tadi. Menariknya, just selepas kitorang habiskan buah (pencuci mulut) yang terakhir, air dari langit mula turun. Apa lagi, cepat-cepat la kitorang angkat kaki, hahaha…

Lagi sekali Made (tourguide) kata kitorang ni ‘lucky’. Agak la, cuaca menyebelahi kitorang sepanjang hari tu, hehehe…


*masa BBQ baru nak mula*



*ni je, takde BBQ pegi membakar sendiri nye. Diorang hidangkan. Lala tu sedap, nomnom*



*oh, ada jugak orang mainkan muzik masa kitorang makan, hehe... Diorang mainkan lagu 'When you Say Nothing at All*



*Ni la I Gusti Ngurah Rai Airport di Denpasar, Bali. Hebat tak landasan diorang? Pantai kat sebelah atas tu la Jimbaran, tempat kitorang makan malam sambil kira kapal terbang, hahaha~*
*Gambar amik dari Google*



Then, diorang hantar kitorang balik ke hotel. Tak jauh, dalam 5 minit dah sampai.

Kitorang naik bilik, letak barang-barang shopping tadi dan terus turun pegi ke Circle K tapi roti n susu pisang dia habis. Kecewa, kitorang pun jalan jauh sikit ke Indomaret (macam 7-11 kat Malaysia). Kat situ la bermula perangai buruk kitorang, iaitu kitorang borong habis roti diorang (jenama Sari Roti) yang berperisa keju, coklat keju dan coklat pisang DAN kitorang borong habis susu pisang yang ada kat kedai tu, hahahahaha…. Buruk tak pangai? Husband ada tanya kat aku, “Eh, tak kesian ke kat orang lepas kita nak cari susu ni, tapi kita borong habis”, tapi lepas tu dia jawab sendiri, “Hm, takpe la, kat kedai tadi pun susu ni habis. Diorang tak kesian pun kat kita”, hahahahahahahahahahahaa, alahaiii…..


* ni roti yang kitorang borong. Sangat mengimbau kenangan Jogja 2012*



*dan ni susu pisang yang kitorang licinkan dari Indomaret tu, kahkahkah~*





Then balik hotel tu, ternampak la satu kedai ada jual kusyen leher yang sesuai buat tidur kat dalam kapal terbang tu. Asalnya just nak tanya, “ni berapa harganya?” then dia kata 150,000 rupiah (RM50), terus aku tunjuk isyarat aku tak nak dan nak teruskan perjalanan. Pastu dia suruh aku nego dengan dia, tapi aku tak mau dan nak terus balik hotel. Then dia kata “Ambil la dua, harga 150,000 rupiah. Tawar la dengan saya…” tapi aku dah penat, malas nak tawar (tengok nota hardseller kat bawah untuk sebab). Tetiba dia tinggikan suara, suruh aku tawar. Aku pandang (baca: jeling) ke dia, and cakap tak mau. Husband aku masih terpinga-pinga, terkejut dengan apa yang berlaku, jadi dia tak bergerak dari depan kedai tu. Untuk elakkan daripada husband aku ‘terpaksa’ beli sebab nak elakkan dari orang kedai tu marah, aku tarik tangan husband aku and kitorang cepat-cepat jalan terus balik ke hotel.

Tu macam punya orang pun ada ke?


**********

See also:

Trip to Bali
Trip to Bali Day 3







*jawapan untuk harga Kopi Luwak: sebungkus kopi serbuk dengan berat 50gram tu yang boleh buat dalam 6 cawan berharga lebih kurang RM70

No comments: