Sunday 14 December 2014

Journey to New Zealand – Day 6

Tarikh: 29 November 2014
Lokasi: Timaru - Christchurch

**********
*Final campsite di Winchester Campsite*

Pagi tu kami ada taklimat. Dalam taklimat tu ada cakap apa kena buat sebelum pulangkan motorhome. Kami perlu pastikan minyak diisi penuh dan segala jenis dumping (greywater dan waste water dumping) telah dilakukan sebelum pulangkan motorhome. Oh ya, untuk bukti, simpan resit pembayaran minyak jugak untuk diorang tengok.

*Pemandangan dari tempat duduk pemandu. Motorhome dah kemas dah masa ni. Bersedia untuk dipulangkan.*



*Ni pemandangan dari belakang. Aik, kaki Lina? Oh yes, motorhome tu pun ada microwave oven walaupun kami tak pernah guna. Ada heater dan ada fridge selain ada dapur untuk memasak dan juga sinki.*

Dalam sesi taklimat ni, tiba-tiba ada sesi bagi pendapat tentang trip ni. Okay, pendapat aku adalah trip ni sedikit memenatkan dan rushing. Tak sempat nak singgah satu-satu tempat menarik sebab nak kejar checkpoint pada masa-masa tertentu. Tu aje la. Lain-lain, Trip Kekawan is da best! Thanks sebab bagi peluang yang tak aku sangka-sangka boleh dapat ni. Dan pengurusan Trip Kekawan pun sangat oshem! Aku rasa En. Zikri tak tido malam eksiden kat Queenstown tu sebab ada lagi yang tak sampai, huhu...


Kami mula mengemas motorhome kami pada pagi tu. Katil belakang yang kami set pada hari pertama tu kami kemas balik. Semua pinggan mangkuk kami susun balik. Fresh water kami isi balik. Semua kabinet yang sepatutnya kosong, kami kosongkan dan semua orang kemas beg-beg diorang. Lepas semua dah setel, dalam jam 8.30am, kami pun mula meninggalkan Winchester Park menuju ke Christchurch.


Dalam perjalanan sepatutnya kami singgah ke The Real Fruit Ice Cream sebab katanya kedai ni hidang aiskrim dengan buah-buahan pilihan kita tapi tiba-tiba pulak kedai ni dah bungkus, hadoii… Lepas tu bila teringat, ingatkan nak pegi la ke The Tin Shed tapi terlepas la pulak separuh jalan, hahaha…


Time ni aku drive dan Lina tidur. Masa masuk ke satu bandar, aku dah nampak dah papantanda ‘Cherries in 200 meters’. Okay, aku jalan. Masa tu jalan pulak agak sibuk, tapi dekat bandar maka semua orang pun bawak slow aje. Then nampak ‘Cherries in 100 meters’, okay, seratus meter lagi. Tak sampai seratus meter dah nampak ‘Cherries’ punya papantanda. Laa, ingatkan gerai kecik yang jual, rupanya kedai setup dari kereta aje. Hek elehh… Nak stop dah terlambat, nak patah balik banyak pulak kereta. Hm, mana tau ada lagi kan gerai cherry kat depan. Jalan aje la.


Tapi silap, tu la satu-satunya gerai yang jual ceri, hukhukhuk…


Then kami sempat singgah ke satu kedai ni (nama apa dah lupa). Kedai ni ada bela banyak alpaca. Dan dalam kedai ni diorang jual produk pakaian yang diorang sendiri buat. Aku memang nak beli baju wool sikit, aku pun stop la. Kami pun masuk kedai tu.

*Tu, yang leher panjang-panjang tu alpaca tau, bukan zirafah, harharhar...*



Harga barang? Adohai! Memang mahal. Baju wool dia nampak selesa tapi harga dia ‘seksa’ la. Satu baju tebal wool tu harga dia dalam NZD200. Gila! Mau RM600, hukhukhuk… Sempat la beli kasut baby sepasang. Then pusing punya pusing, kitorang ternampak satu section kat kedai diorang ni. Nama section tu ‘second’. Kitorang tanya, ‘second’ tu apa? Second hand ke? Tak, ‘second’ tu actually baju yang masih baru tapi ada kesilapan pada baju tu. Diorang cakap biasanya silap bila ‘the needle dropped’ jadi dia menghasilkan mend. Pendek kata, silap pada mesin jahit tu membuatkan baju tu apa kesan lipat permanent dan harga pula diturunkan dengan banyaknya. Lebih jelas mend tu kelihatan, lebih murah baju ‘second’ tu jadi.


Kami pun mula la browse baju ‘second’ tu. Pusing punya pusing, aku ternampak la satu baju wool warna hijau gelap yang ada mend dekat bahagian tengah. Memang niat nak beli baju tu untuk mama. Tengok harga original before this, ada la nampak dalam NZD220 tapi bila check harga ‘second’ tau berapa? NZD20 aje! Hahahahahahaha…. Ape lagi yang ditunggu-tunggu? Aku rembat satu! Lina jumpa beberapa baju ‘second’ yang cantik. Okay la. Aku pun memang nak beli satu aje. So lepas dah settle, kami pun bayar dan keluar ke motorhome kami.


Bukan selalu nampak alpaca kat New Zealand ni. Maka ni la peluang kami untuk bergambar dengan alpaca. These alpacas tak jinak. Diorang duduk jauh aje. Tapi cara diorang tengok kita sambil mengunyah rumput memang kelakar. Lepas snap beberapa gambar, kami pun bergerak ke Christchurch.

*Bergambar dengan diorang ni memang satu penyeksaan. Sebab diorang ni penakut, so susah nak ambik gambar dekat-dekat.*

Sampai aje ke Christchurch, dah jam 11am. Awal lagi. Kami gerak ke Airport Motor Lodge untuk hantar barang Lina dan Kak Rahmah. Pada masa yang sama aku nak decide samada nak ikut diorang pergi jalan ke bandar ke tak nak. Aku berat hati sebab aku decide nak ke airport petang tu and bila nak hantar motorhome, kami plan untuk hantar dulu Aunty ke North South Holiday Park dan hantar barang-barang dia dan barang aku. Then lepas hantar motorhome, kami ambil teksi untuk ke bandar dan lepas dah jalan, kami akan berpecah ke lodging masing-masing. That thing, not a problem. The problem is bila aku nak kena seret balik beg aku dari North South Holiday Park tu ke Apollo Motorhomes sebab kat sana ada shuttle untuk ke airport. Before this aku ada cerita kan macam mana seksa nak heret beg aku ke hub motorhome tu and if were to follow the plan, I need to go over again of the walk (which I despised, huhu…). Anyway, masa kat North South Holiday Park tu aku ada tanya diorang kalau diorang boleh hantar aku ke airport pada jam 8pm nanti. Diorang kata boleh. Then ok la, aku suka hati la untuk ikut diorang.


Then kami hantar barang kami ke bilik Aunty. And then kami nak keluar tapi orang office tu ada tahan. Diorang tetiba kata diorang ‘unable’ to send me to airport that night (I suspected because it was only one person, so diorang malas nak hantar). Diorang suggest aku amik teksi (which cost me about NZD15-18 for a matter of 5 minutes of drive, which is sangat MAHAL!). Then aku decide untuk batalkan niat aku untuk ikut diorang ke bandar dan patah balik ke bilik Aunty untuk ambil beg aku balik.


Time-time duk ambil beg ni, tiba-tiba ada uncle sorang tu (umur macam dah cecah 80-an aje) tegur kitorang. Tanya kitorang ni dari Malaysia ke. Terkejut kejap, macam mana dia boleh tau. Lepas tu dia ada cakap, dia pernah duduk kat Malaysia dulu, masa lepas perang dunia ke-2. He was a soldier. Dia siap balik ke campervan dia amik gambar dan badges yang dia dapat masa jadi askar dulu. Fuh, panjang lebar dia cerita.


Lepas tu, kami pun gerak untuk keluar. Tiba-tiba Aunty kata dia tak nak ikut, particularly sebab nak rehat kut. So, kitorang pun say goodbye over there and pergi ke Apollo Motorhomes.


Kat situ kami pulangkan motorhome kami dan kami dapati deposit kami tak perlu dikacau. Maknanya kami ni jaga motorhome kami sebaik mungkin tau. Takde calar, takde pecah (oopss…), minyak penuh, dumping dah buat. Pendek kata kami pulangkan motorhome tu serupa macam mana kami dapat dulu. Okay, selamat NZD150.

*Bergambar kenangan terakhir bersama kesayangan kami selama seminggu, Autobot GNF441, huhuhu... I can never meet you again. Thanks for being a good home for us. Please be good all the time. I miss you... ='(  *

Tak lama lepas tu Kak Kiah 1 pun sampai. Oh, sempat merasa aku akan cherries yang terlepas tadi. Kak Kiah 1 sempat stop dan beli satu beg, wahahaha…


Then, Kak Kiah 1 pun nak balik dah. Kitorang bid farewell especially kepada geng Kak Kiah 1 dan diorang dan Lina dan Kak Rahmah (diorang duduk sekali) pun bertolak ke city center. Tinggallah aku dan orang-orang lain yang bersedia nak balik.


Aku dah ready nak pegi airport ni tapi tiba-tiba Kak Azah tanya aku kenapa tak teman Aunty. Aku cakap la, memang ada niat tapi North South Holiday Park tak sediakan shuttle ke airport malam ni. Aku pulak tak mau amik teksi yang mahal, tu yang aku pilih untuk bermalam aje kat airport. Lepas tu Kak Azah kata, “Laa, awak pegi airport dengan saya la esok pagi. Flight jam 7am kan? Akak pun sama. Kita boleh pegi sama-sama…” La! Mana aku nak tau korang pun duduk kat sana, wahahaha… Okay, rezeki tempat berehat, aku decide untuk ikut diorang dan duduk dengan Aunty.


Then aku dan ada la sorang lagi peserta lelaki (dia dah hantar wife dia kat North South Holiday Park) ni tunggu semua orang habis baru la Kak Azah, husband dia dan dua orang abang ‘sweeper’, Abang Syafiq dan Abang Lee bergerak pulang ke lodging kami. Sambil tu aku (dan peserta lelaki tu) ada cerita pasal kambing yang tak puas makan. Diorang pun pelik kenapa this time kambing boleh habis.


Then, sampai aje kat lodging tu, aku ketuk pintu bilik Aunty dan buat surprise. Sukanya dia ada kawan boleh teman, haha…


Lepas tu, sandwich aku (yang Aunty ada buat untuk aku makan kat airport) tu aku decide untuk bagi Kak Azah. Then bila dia dapat sandwich tu, dia ada kata, berkemungkinan besar ada BBQ 2nd round malam ni. Yaahuuu, sukanya aku, wahaha… And yang tak best nya bila Kak Azah kata dia silap tengok jadual kapal terbang. Flight dia jam 3pm keesokan harinya tapi she assured me that Abang Lee boleh tolong hantar aku esok pagi.


Dalam jam 8pm, geng Trip Kekawan yang mana duduk kat North South Holiday Park ni bersedia untuk mulakan BBQ. Masa diorang tengah masa, aku cakap dengan aunty yang aku nak tido dulu. Sejam kemudian (rasa macam baru 5 minit), Aunty ketuk pintu panggil aku, kata daging dah siap bakar. Dengan pening-pening tu aku join diorang. Sejuk la malam tu. Kat situ aku bincang dengan Abang Lee macam mana pagi esok. Dia kata kalau by 4am tak nampak aku, dia suruh ketuk pintu bilik dia yang bernombor 11. Okay, settle for that night, aku pun sambung tido.

*Lamb malam tu sedap luar biasa. Mungkin sebab akan tak dapat makan dalam masa yang panjang nanti. Actually lamb sangat lembut. Masak aje 2 minit setiap sebelah (provided cukup masa marinate), tak payah sos, makan camtu je pun dah oomph!*

*Geng yang ada rezeki lebih untuk makan lamb buat kali kedua, termasukla aku. Semuanya kaki ratah kambing, termasuk la aku...*

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

1 comment:

nhhas said...

What is trip kekawan?