Friday 12 December 2014

Journey to New Zealand – Day 5


Tarikh: 28 November 2014
Lokasi: Gore - Dunedin - Timaru

********** 

*My station of our baby, GNF441. Merasa jugak aku bawak Volkswagen, harharhar...*




Pada pagi tu, kami adakan taklimat untuk pergerakan hari tersebut. Dari situ kami dapat tahu apa yang dah jadi di Queenstown. En. Zikri kata tak pernah-pernah jalan kena tutup sepanjang dia adakan trip ni, dan-dan pulak time kitorang jalan kena tutup. Dia dapat tau dari owner/keeper Gore Dolamore Park ni yang jalan tu kena tutup sebab ada accident antara van dan dua buah motorsikal. Kebetulan pulak penumpang van tu (empat orang) adalah warga Malaysia. Perempuan pulak semua tu. Menurut berita mereka, penumpang berempat warga Malaysia tu naik van based in Christchurch dan ada pemandu warga tempatan dan penunggang motorsikal tu rempuh van dan menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian. Katanya siasatan lanjut mendapati bahawa penunggang motorsikal tu menghadapi serangan jantung semasa memandu dan tu kut yang buat dia slammed into the van, Wallahualam.


Tapi dari berita national tu kami dapat tahu yang empat atau lima motorhome geng kami ni tersangkut masa accident tu dan terpaksa buat detour around Te Anau untuk sampai ke checkpoint masa tu. Katanya (salah seorang yang terlibat), diorang terpaksa drive sejauh 8 jam dalam detour tu dan diorang drive ramai-ramai. Sampai satu masa dua-dua driver diorang dah mengantuk, terpaksa import driver dari motorhome lain untuk drivekan motorhome diorang. Memang kesian dengar la wei... Lagi satu kitorang yang motorhome Kak Kiah 2 ni memang betul-betul bersyukur la yang kitorang tak terlibat sekali. Kalau tak aku tak tau la macam mana kitorang nak menghadapi situasi macam tu. Cukup-cukup la situasi parking macam orang gila kat Queenstown, huhuhu…


Okay, so pagi tu kami diberitahu yang kami akan melalui satu bandar besar iaitu Dunedin dan dari situ kami diberi dua pilihan iaitu samada kami nak teruskan perjalanan ke Timaru atau nak detour untuk singgah ke Peninsula Otago atau tak. Diberitahu tentang jalan ke Peninsula Otago tu sempit, berliku dan dekat dengan tebing laut menyebabkan most of us tak nak ke Otago. Lagi satu katanya kalau nak ke Otago kena spend 3 jam untuk perjalanan pergi dan balik sebab walaupun dari Dunedin ke Peninsula Otago tu actually tak jauh mana, tapi jalan sempit menyebabkan kita kena pandu lebih perlahan dan it will take more time to reach destination. Lepas tu katanya Larnach Castle (yang aku nak pegi originally) tu agak ‘keras’ sikit dan jalan nak naik tu sangat curam. Adoii, memang saje tak nak bagi kitorang pegi. So, kansel je la. Terus ke Timaru dari situ.


So kami terus berjalan menuju ke Dunedin dan setibanya kami di sana, kami terus cari railway untuk park kat situ. Rate dalam NZD2/hour dan kami bayar untuk 3 jam (end up macam tak cukup 3 jam tu, wahahaha…). So lepas bayar, kami pun pegi masuk dulu toilet awam dia. Hm, toilet pun canggih. Bila masuk, kena tekan butang untuk tutup. Bila dah tutup, kita guna toilet tu, dia takkan flush selagi kita tak basuh tangan atau buka pintu. Lepas tu pulak, kat stesen basuh tangan dia tu ada pulak water dispenser, soap dispenser dan hand dryer yang menggunakan sensor which means kau lalukan aje tangan kau kat kawasan-kawasan ni, nanti dia buatkan untuk kau. Memang takde rasa something big pun tapi cara dia susun semua tu sekali buatkan aku terfikir, “Apa hal lah canggih sangat benda ni. Tandas je kot. Camne la kat Jepun agaknya? Orang selalu kata Jepun punya tandas canggih macam mesin belik tiket keretapi.”

*Bandar Dunedin*


*Posing dekat depan stesen keretapi Dunedin*

Okay, lepas kitorang dah selesaikan bisnes kat tandas tu, kami berjalan ke dalam bandar Dunedin. Kat situ kami singgah ke beberapa kedai untuk bershopping dan kami berhenti makan di Trojan Kebab House. Kebab kat situ harga dalam lingkungan NZD9-25 dan yang kitorang beli tu dalam harga NZD14 tapi aduhai, besarnya kebab dia…

*Ni kebab dia. Besar dak? Aku tengok dari Sydney sampai la New Zealand, makanan diorang memang banyak gila dalam satu hidangan tu. Berbaloi-baloi belanja walaupun (sangat) mahal kalau dah convert, hukhukhuk...*

Then kami bergerak ke kilang Cadbury tempatan. Kami malas la nak ambil tour dia. Kami pegi sana untuk beli coklat aje. Kat sini, kalau pegi beli coklat, kau tak perlu risau kalau kau kena transit di Australia. Kastam kat Australia membenarkan coklat (walaupun dairy product) lepas dengan syarat kau kena la biarkan coklat tu dalam keadaan tidak dibuka langsung. Kalau dah buka untuk makan, samada habiskan atau buang sebelum jumpa kastam.

*Depan ruang shopping Cadbury Dunedin.*

Kat sini kami beli la beberapa coklat Carnival Edition (Limited) yang tak dijual kat Malaysia. Macam Old Gold, kat Langkawi boleh dapat, so aku beli satu aje. Yang Carnival Edition ni ada 4 jenis perasa dan aku ambil tiga sebab ‘Buy 3 for NZD12’. Rembat aje la…


Then lepas kami dah habis shopping, kami teruskan perjalanan ke Timaru.

*Kelihatan pantai yang airnya kebiru-biruan dan angin yang sangat kuat. Awesome sangat! New Zealand ni penuh dengan warna biru dan hijau yang tak tercemar...*

Oh, dalam perjalanan, kami sempat singgah untuk melihat Moeraki Boulders. Batu-batu bulat di predates pada zaman prehistoric lagi. Memang batu-batu ni bulat-bulat dan ada yang dah pecah. Bulat-bulat diorang macam rupa telur penyu dan kalau dah pecah tu memang nampak cantik la pecah dia. Kami bergambar-gambar atas batu-batu ni, dalam batu pun ada, hahaha… Boulders ni zaman prehistoric lagi tapi ada yang macam baru pecah tapi berkemungkinan besar, kami la penyumbang kepada pemecahan batu ni lebih awal. Sebabnya masing-masing yang ambil gambar semua nak panjat batu-batu ni, memang tak tahan lama la, hahahaha…

*Berposing atas batu yang dah berusia jutaan tahun. Aku nampaknya antara penyumbang kepada kepupusan batu ni lebih awal, huhuhu...*

*Batu belah batu bertangkup, telan lah aku, mamah la aku, aku kempunan telur tembakul, waaa....*


Then kami sempat singgah ke Kangaroo Wallaby dekat Waimate. Kat sini kami lalu masuk jalan kampung. Zoo wallaby ni dijaga oleh 2 orang makcik tua. Tempat ni boleh dikatakan macam mini zoo sebab macam-macam haiwan diorang jaga. Ada pony, ada merak, ada kucing, ada wallaby (jangan cakap la), ada monyet, ayam, itik, angsa. Pendek kata, haiwan-haiwan yang biasa orang buat pet ada kat sini. Tapi tarikan utama mereka adalah wallaby la. Wallaby tu apa? Dia macam kangaroo tapi saiz kecik sikit. Tu je perbezaan yang aku boleh bagi.


Kami bayar NZD12 untuk tengok wallaby ni. Makcik ni, adohaii, banyak prosedur dan protokol yang kami kena ikut untuk masuk sangkar wallaby dia nih. First, bayar dulu (of course…), second kena pakai kasut yang diorang sediakan (yang ni munasabah la sebab wallaby ni poo merata-rata, taknak kasut kami kotor), third, cara bagi makan kena betul (kena pegang beg plastic betul-betul, kena hulur tangan, kena tunduk, lepas tu mencangkung pun kena betul!), tak boleh whistle kat diorang, takleh click your tongue to them, tak boleh panggil diorang macam panggil kucing, tak boleh cakap selain Bahasa Inggeris dengan diorang (paham ke diorang dengan English?), tak boleh gosok kepala, tak boleh kasar-kasar, tak boleh amik gambar dengan flash, tak boleh tu, tak boleh ni, adohaiiii…


Anyway, senang je bendanya. Kau tunduk, bagi makan, amik gambar, dan blah, wahahaha…

*Sesi memberi wallaby makan. Wallaby ni macam kangaroo tapi pocket size aje, hahaha.... Takde la, saiz dia lebih kurang 1/3 daripada saiz kangaroo biasa*


*Pegang anak wallaby ni macam pegang anak manusia jugak, hahaha...*

Kami sebenarnya nak singgah untuk beli strawberry di Strawberry Farm Outlet di Waimate, berdekatan dengan tempat wallaby tadi tu tapi kedai dah tutup sebab kedai kat sana memang tutup awal. Our loss…


Okay, then kami meneruskan perjalanan ke Winchester Campsite di Timaru. Tempat ni macam kat satu padang besar. Takde tarikan sangat la kat situ kecuali pokok dia penuh dengan bunga (dan that time tu pulak kebetulan memang hujan, so tak dapat nak berjalan sangat) tapi tarikan untuk kami pada malam tu adalah sesi ber-BBQ, aw yiss!!!


Hidangan kami malam tu adalah lamb sekor setengah. Kami dah mintak dengan organizer supaya sembelih 2 ekor lamb tapi dia risau tak habis, jadi diorang stick kepada sekor setengah aje. Sebab dia ada kata, hidangan lamb kat geng sebelum ni tak pernah nak habis. Selalu aje tinggal satu dua layer daging kat dalam bekas marinate. Basically memang tak pernah habis la. Tapi datang pulak time kitorang end up tak cukup pulak lamb tu. Mungkin sebab geng kali ni semua kaki makan kambing. En. Zikri kata diorang dah cuak bila dah start nampak base kat bekas marinate tu sampaikan diorang pun tak makan, punya la laku kambing kali ni, hahaha…


Malam tu actually aku join BBQ lambat sikit sebab aku mengemas-ngemas beg aku. Huih, risau aku beg macam dah penuh, huhuhu… Then lepas macam dah setel, aku join diorang. Masa tu kambing masih ada dan aku pun beratur. Dapat la dalam 4 ketul, wakakaka… Makan-makan, then terus tido lepas tu.

************

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

No comments: