Thursday 11 December 2014

Journey to New Zealand – Day 4


Tarikh: 27 November 2014
Lokasi: Te Anau - Milford Sound - Gore

***********

Pagi ni aku bangun untuk gosok gigi (again, tak mampu nak mandi sebab sejuk gila) dan keluar-keluar aje aku ternampak kat sebelah motorhome kami ada satu lagi motorhome geng Trip Kekawan. Pelik, sebab semalam tak ada motorhome kat sebelah kami tu dan aku pulak tido jam 12 malam, takkan la tak perasan kalau ada motorhome datang park kat sebelah, ye dak? Tapi maybe tak. Tido mati kut semalam, ahaks!


So, aku wat bodo aje la pasal motorhome magik tu. Kami bersiap-siap dan pada jam 5am, banyak motorhome dah bersedia untuk meninggalkan Te Anau. Sebab kami siap agak awal dan trip pagi ni pulak berkonvoi, maka kami dan beberapa motorhome lagi tunggu kat luar di sambil ingin topup minyak. Di situ kami dapat tau kalau dari Te Anau untuk ke Milford Sound, minyak motorhome kena la ada sekurang-kurangnya 5 bar sebab yang tu cukup-cukup lepas perjalanan pergi dan balik. Kami ada 8 bar (dari 10 bar) lagi tapi gatal nak isi jugak. Bila masuk pam minyak yang ’24 jam’ tu, kami dapati 24 jam tu hanyalah pam minyak, bukan dengan kedainya sekali (tak macam kat Malaysia) jadi kalau nak pam minyak, kena pakai kad kredit. Bukan satu masalah bagi pengguna kad kredit yang ingat nombor pin tapi bagi kami ia dah menjadi satu masalah sebab most of us guna kad kredit pakai sign jadi nombor tu kami lupa. Jadi kebanyakkan antara kami melupakan saja hasrat untuk mengisi minyak pada pagi tu. Tapi kecoh jugak la sebab dalam itinerari dah tulis, "isi minyak sebelum masuk ke Top Ten Holiday Park Te Anau pada hari sebelum ke Milford Sound" tapi mungkin ramai yang terlupa, jadi most of us ingat esok boleh buat. Maka, macam ni la jadinya. Ada yang minyak tinggal 3 bar aje. Yang ni, aku serius tak tau macam mana diorang setelkan masalah minyak ni. Mungkin ada pam minyak dalam perjalanan ke Milford Sound yang dah dibuka awal pagi. Bear in mind, bila dah nak masuk route ke Milford Sound tu, memang kau takkan jumpa sebarang kedai mahupun stesen minyak kecuali tempat stop berehat aje berserta satu atau dua Toitoi (portable toilet). Jadi masak la kepada mereka yang tak isi minyak sebelum masuk ke jalan untuk ke Milford Sound tu (tapi so far takde problem dengan geng kami. Ada la solutionnya tu yang aku tak sempat nak ambik port…).

*Masa menunggu motorhome yang lain berdekatan dengan stesen minyak. Pelangi lagi...*


*Autobots, rollout... Sorry gambar tak clear. Masa ni secara illegal pegi ke tingkap belakang untuk ambik gambar. Dan cermin belakang motorhome tu memang tak pernah berbasuh, punyala kotor, wahahaha...*


Jalan ke Milford Sound ni memang cantik. Tak tercemar dengan bangunan pun. Dia ada banyak creek (anak sungai) dan banyak jugak tasik. Oh ya, kami pun ada singgah kat satu tanah lapang dalam perjalanan kami yang katanya menjadi tapak penggambaran filem LOTR (tapi not sure babak mana, I’m not a BIG fan). Yang buat bertambah cantik apabila di sana (masa sampai tu sedang hujan renyai-renyai) muncul satu pelangi yang sangat besar dan cerah. Oh maiii…. Memang cantik…

*Ni la lokasi penggambaran LOTR tu. Ada pelangi tu yang buat jadi best, hohoho... Memang banyak pulak pelangi sepanjang aku dalam trip ni. Ye la, hujan je memanjang...*


Okay, kami meneruskan perjalanan kami. Masa yang diambil dari Te Anau ke Milford Sound adalah lebih kurang 2 jam (perjalanan pergi) tapi tak terasa jauhnya sebab first, sepanjang perjalanan memang pemandangan cantik-cantik belaka (tapi some of the part aku tertido sebab mengantuk gila dah) dengan sungai yang jernih dan bukit yang bersalji, aduhai… Macam mana boleh tertido…? Dan second, kami excited sebab ni first time kami konvoi beramai-ramai, dalam 18 motorhome sekali jalan. Dah nampak macam Transformers pulak. “Autobots, rollout!”, ni line faveret Lina, hahaha… Oh ya, pihak polis di New Zealand tak menggalakkan konvoi melebihi 2 motorhome jadi ni adalah satu perkara yang mengujakan. Yang ni diberi pengecualian sebab kami ikut organizer dari belakang sebab GPS tak dapat nak berfungsi dengan baik. Asyik recalculate aje…


Sesampainya kami di penghujung jalan adalah hub di mana ada banyak kapal cruise sedang menunggu pelanggan mereka. Di Milford Sound, ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat. Yang utamanya adalah cruise dengan kapal cruise sampai ke hujung (dimana air tasik jadi laut, atau something like that laa) atau kau boleh berkayak (mampu ke? jauh kut...) atau kau boleh cruise dengan menggunakan kapal terbang kecil. Yang ni kena refer to agen-agen tertentu. Kalau kau duduk kat motel (atau Top Ten Holiday Park la contohnya), kau boleh minta nasihat daripada pihak mereka dan adakalanya mereka boleh uruskan semuanya untuk kau. Just perlu bayar atau ‘swipe’ aje, hikhik…

*Depan pintu masuk Milford Sound*

Okay, lepas Lina drop-off kami bertiga, kami pun masuk dan beli tiket. Kami naik kapal cruise Jucy dan harga adalah NZD70 untuk 2 orang (iaitu NZD35 sekepala). Lepas kami bayar dan dapatkan tiket kami, kami pun berkerumun kat depan pintu masuk cruise tu dan mula bergambar. Tak lama kemudian, kami pun dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal.

*Complete geng of Kak Kiah 1*

Okay, aku tak berapa suka duduk dalam kapal bertutup ni. Aku jadi mudah pening. Jadi lepas Kak Rahmah dan Aunty ambil tempat di tepi tingkap, aku naik ke tingkat atas sekali dimana ia merupakan open space. Lina dan Phisya dah lama duduk atas tu (dan diorang tak turun-turun dah sampai sudah) dan aku join la diorang dan beberapa orang lain lagi kat atas, termasuklah Kak Kiah 1.


Kami bergambar banyak-banyak dan sepanjang perjalanan kami, mata kami ni disajikan dengan pemandangan yang memang kau tak boleh nak tengok kat Malaysia sebab tak ada nya bukit bersalji ni. Kat Milford Sound ni, ia merupakan fjord yang merata-rata di bukitnya adalah air terjun. Memang awesome la pemandangan. Kalau amik gambar pun tak dapat nak tangkap kecantikan Milford Sound ni. Dah tu time kami pegi tu pulak kebetulan angin memang kuat. Jadi kat sana jadi sangat sejuk (regardless dah jam 9am dah masa tu) dan kau boleh tengok air terjun yang berskala kecik ni berterbangan ditiup oleh angin. Memang masa tu breathless la I tell you…

*Masa sedang cruise along Milford Sound. I like this picture walaupun nampak kelam aje. Credit to Phisya*

The peak time of the cruise when the cruise ship tu lalu kat sebelah satu giant waterfall ni. Kata pihak penganjur, situasi air masa tu terlalu kuat jadi air terjun tu melimpah dengan banyaknya. Kalau masa cantik tu adalah bila air tak terlalu kuat dan kapal cruise tu boleh lalu di bawah air tu. Hmm, rugi sikit masa tu, huhu… Tapi takpe, Milford Sound tetap nampak cantik bagi kami…


Okay, setelah selesai perjalanan kami mengelilingi fjord tu, kami pun pulang ke motorhome masing-masing untuk bergerak secara konvoi meninggalkan Milford Sound. Goodbye Milford Sound, I’ll see you next time.

*Ni masa on the way keluar dari Milford Sound. Sesi melompat dihadiri oleh tetamu jemputan, Kak Kiah 1. Dari kiri yang melompat, Kak Zack, Kak Shaq, Kak Shima, Kak Hasfa, Phisya (orang kata lompat bintang, dia lompat kepit) dan aku. Camerawoman merupakan Lina. Aunty dan Kak Rahmah tak join pulak.*


*Ni bergambar entah kat creek yang mana satu tak tau la. Sebab semua creek dia cantik, yang ni pulak yang sempat kami berhenti sebab ada tempat berhenti yang agak luas.*

Okay, kepada mereka yang sampai lambat semalam, mereka berpeluang untuk bershopping di Te Anau sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Gore. Ada yang ambil peluang masa banyak ni untuk berpiknik dulu tapi kami memilih untuk terus pergi sebab Kak Azah, wife organizer, ada kata dekat Gore Dolamore ni terhad sikit dia punya power site. Jadi kalau lambat, mungkin terpaksa tidur bersejuk lagi malam tu. Sebab tu kami pilih untuk teruskan perjalanan. Oh ya, dari sini juga kami dapat tahu ada la dalam 5 motorhome geng kami tiba lewat semalam. Kami dapat tahu diorang lewat sebab ada accident kat jalan Queenstown. Tapi kami masih tak tau lebih lagi tentang ni. Tunggu…


Okay, untuk perjalanan ke Gore ni, organizer ada nasihatkan yang jalan di sepanjang jalan tu nanti akan berangin kuat. So kita tidak digalakkan untuk memandu laju. Dan sekiranya rasa macam motorhome bergoyang sebab angin terlalu kuat, adalah digalakkan untuk slow down dan berhenti seketika, tarik nafas dalam-dalam, berdoa dan teruskan perjalanan (okay, yang ni aku tambah sikit, hahaha…).

*Okay, bergambar masa dalam perjalanan ke Gore. Belakang tu merupakan tugu peringatan perperangan. Siapa nama sir tu, aku dah lupa. Sebab bukan saja kat New Zealand ada, kat Sydney pun tugu peringatan bersepah-sepah ada.

Okay, after keluar dari Milford Sound tu, aku ada drive sampai mana tak ingat. Then Lina pulak drive sampai pastu masa dalam perjalanan ke Gore ni, aku pulak drive. Kat situ baru aku faham maksud ‘bergoyang ditiup angin’ yang Lina cakap. Memang masa duduk jadi co-driver tu ada nampak kesusah-payah-an Lina drive dan actually boleh la anticipate sikit rasa drive masa tu tapi once I got the wheel, oh dear, memang susah nak control motorhome yang besar tu lalu kat jalan yang tersangat berangin. Scary pun ada jugak rasa, huhu… Alhamdulillah, we managed to arrive at Gore Dolamore safely.


Bila sampai aje kat depan pintu masuk Gore Dolamore ni, kitorang berhenti kat jalan yang sempit tu. Kenapa? Sebab nak ambil gambar bunga kat papan tanda masuk tu. Punyalah berkembang mekar bunga dia, aduhaiii, cantik betul! Tapi tak berkesempatan nak klik kamera pun sebab ada motorhome geng kitorang dah sampai betul-betul kat belakang kitorang. Hm, takpe la. Lepas rebut power point dan park motorhome nanti, kitorang pegi la bergambar walaupun duk hujan renyai-renyai tu.


Sesampai aje kitorang kat dalam, mata kami meliar sambil mencari-cari. Bukan mencari parking yang ada power, tapi mencari motorhome yang lain. End up kami motorhome berdua ni merupakan orang yang pertama sampai, wahahaha… Actually ada motorhome lain tapi bukan geng kami sebab tak pernah nampak pun sebelum ni. Maka kami park dekat dengan pintu masuk, between tandas dan dapur. Jadi senang untuk bergerak kalau nak ke tandas atau dapur.


Kami sampai memang awal masa tu, dekat jam 5pm. Ni la masanya untuk kami berehat. Kak Rahmah dan Aunty dah start memasak lepas kami semua dah solat. Kami pilih untuk masak dalam motorhome aje la sebab dapur kat Gore Dolamore ni ada 2 aje. Dan tandas pulak diasingkan lelaki dan perempuan dan masing-masing ada 2 jugak. Shower? Ada satu aje dekat dengan dapur. Tu pun air panas hanya 5 minit. Kedekut! Ala, tak mandi pun malam tu. Antara sebabnya, Gore ni yang paling bawah kami singgah di South Island dan sememangnya adalah yang paling sejuk antara semua checkpoint kami. Sejuknya, memang takleh cakap lagi la. Ala, New Zealand ni pun memang sejuk, so kalau nak cerita lagi macam mana sejuk kat Gore ni, dah tak dapat nak cerita lagi dah, hahaha…


Okay, kat sini aku and Lina mengambil kesempatan untuk bergambar kat pintu masuk yang kitorang terlepas nak bergambar tadi. Lepas puas bergambar, kami pun duduk aje berehat kat dalam motorhome ni. Kak Rahmah dan Aunty masak and Lina pun take part. Kat sini aku dapat rasa yang walaupun aku rasa macam kebolehan memasak aku ni hebat (poyo jer!), tapi diorang bertiga ni laaaagi handal memasak daripada aku. Hm, takyah nak take part sangat la Zie, memenuhkan laluan dalam motorhome tu aje (pendek kata, menyemak aje, wakakaka!). Aku pun duduk aje la kat tempat pemandu sambil ambil peluang ni untuk WhatsApp mama kat rumah, hehehe… Bila diorang dah habis masak aje, aku tengok, mak datuk! Mewah gila makan. Wait, Lina masak murtabak megi la, wahahaha…. Best betul makan malam tu.

*Ni papantanda pintu masuk Gore Dolamore Park. Nampak tak bunga kat belakang tu yang rimbun mimbun tu. Tu yang kitorang stop masa mula-mula sampai, hahaha...*

Kekenyangan tido malam tu. Tapi still, tido lewat jugak. Aku tak tau kenapa la. Mungkin sebab kat Malaysia ni kita dah biasa tidur 4 jam selepas matahari terbenam jadi kalau nak tidur 2 jam selepas matahari terbenam ni macam rasa a little bit awkward pulak…

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

No comments: