Saturday 25 February 2017

Kembara ke Jogja Day 2

Tarikh: 19 February 2017
Hari: Ahad
Lokasi: Hotel - Merapi - Borobudur - De Kosmo - Kilang T-shirt - Batik Soga - Bakpia Pathok 25 - Lynn's Hotel - Milas - Hotel.

**********

Pada hari ni, pagi-pagi lagi seawal jam 3.45am pintu bilik kami dah kena ketuk dengan supir. So kami pun keluar check-out hotel dan terus ke Kaliurang untuk buat aktiviti Merapi Sunrise.

Dari Jalan Malioboro untuk ke Kaliurang (dekat Merapi) adalah dalam 30minit je (dekat jer pun). Supir kami hari tu adalah Jo aje since Hidayat takde haritu.

Setibanya di Kaliurang, Jo bawa kami ke parking jeep. Di sana, dia perkenalkan kenalan dia merangkap driver jeep kami.

Seterusnya kami terus dibawa melalui jalan yang 'off-road' dimana jalan tu memang la buruk, hanya jeep 4x4 saja yang boleh lalu (actually, ada je van biasa, kereta biasa dan motor biasa lalu sebab diorang berniaga kat kaki bukit Merapi tu), tapi serius jalan tu teruk. Belakang kami sakit dibuatnya. Mana tak nya, selamba je jeep tu lalu atas batu besar, lubang besar, bukit + lubang. Memang scary kalau tengok cara diorang bawak jeep tu, tapi steady je diorang, hahaha...

Sesampai di kaki gunung, kami pun tunggu la matahari terbit sambil berborak. Sebenarnya kami tak berapa lucky sebab pagi tu dah hujan sikit jadi awan terlalu banyak. Makanya, awan pun sorokkan sunrise, even puncak gunung pun kami tak de rezeki nak tengok, sedih...

Kemudian, since dah ramai orang atas tu, kami decide untuk turun cepat sebab kalau lewat sikit, mesti tersangkut dalam gerombolan manusia. Ye la, hari tu pun hari Ahad, memang supir dah warning hari ni ramai orang buat lawatan. Kenapa la aku tak terfikir pasal hari, boleh je injak ke hari esok, adoi...

Sebelum turun, di situ ada satu bunker. Bunker Kaliadem tu dibina untuk orang belindung semasa berlaku letusan gunung berapi. Unfortunately, letusan yang last haritu telah memuntahkan lahar dan walaupun bunker tersebut bertindak dengan efisyennya, lahar yang menutupi bunker tersebut telah menjadikan bunker itu sebagai oven dan membakar dua orang yang berlindung disebaliknya (diorang mati ya). Aku tanya driver tu, kalau macam tu, kenapa bunker ni dibina kalau berlindung di dalam pun tak selamat. Lepas tu dia bagitau bahawanya kebiasaannya bila meletus gunung berapi, yang keluar dari gunung adalah asap saja, bukan lava. Tapi kali tu pulak lava keluar, memang tak ada siapa yang jangka boleh jadi camtu.

Anyway, lepas kami turun dari kaki gunung Merapi, kami dibawa ke Batu Alien. Nothing much to see except batu tu ada rupa manusia. Menurut driver jeep, batu tu sebelum ni memang tak ada di kawasan tersebut. Berkemungkinan besar ia tergolek atau tercampak (terbang) dari dalam kawah semasa letusan Gunung Merapi tahun 2010 dulu.

Kemudian, kami dibawa ke muzium yang dulunya merupakan rumah salah seorang penduduk di kawasan tersebut. Kat sini memang boleh nampak/lihat/baca kesan kemusnahan akibat letusan Gunung Merapi yang lepas. Memang timbul rasa insaf dalam diri dan bersyukur, bersyukur sebab kita dilahirkan di Malaysia. Aku selalu cakap kat husband aku, "Malaysia tak salah, yang salah adalah orangnya" (U know what I'm talking about).

*Merapi yang tak kelihatan*


*Lompat si katak lompat*


*Bunker yang jadi oven*
*Acah-acah drive jeep*

*Batu alien. Nampak apa-apa? Elok pulak kau parking rupa ni yerk?*



Selepas lawatan tamat, kami dibawa makan di sebuah kedai tepi jalan. Supir cakap kedai ni hidang nasi merah. Merah-merah nasi dia macam nasi dagang aje. Tapi lauk sedap, nyum nyum. Stop around 30 minit di sini. Kat sini la aku bertemu kembali dengan teh jasmin. Orang sini panggil teh Poci. Dihidang dengan gula batu, memang mengimbau kenangan, huhu... Terus request nak berhenti di kedai yang jual teh dan gula batu ni.

*Ni nasi merah tu. Nampak menyelerakan? Memang sedap pun*



Kemudian kami bergerak ke Borobudur. Dari Merapi untuk ke Borobudur mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Setibanya di sana, kami diserbu oleh penjual jalanan (hardseller jalanan). Diorang ekor kami sampai ke pintu masuk. Ada sorang mamat ni dia jual fridge magnet. Dia kata dia akan tunggu kami masa keluar nanti. Tak bestnya, husband aku cakap nanti dia beli. Aku terbaca kat satu blog ni cakap ada orang tu kata dia akan tunggu masa diorang keluar. Ingatkan seller tu tak ingat nanti sebab ramai orang, dia siap remind lagi "Mas/Mbak saya tunggu di luar ya." Aku dah boleh agak mamat ni orangnya dari blog tu, lepas tu aku pesan kat husband aku, nanti kita cepat-cepat keluar, sebab takut mamat ni cari kita balik.

Lepas masuk di dalam, kami ke kaunter untuk beli tiket. Kat situ, kami terus bayar untuk tourguide juga. Habis la dekat RM100 seorang. Uhukhukhuk... UNESCO Heritage katakan, masuk sekali je seumur hidup, takpe la. Belajar tentang sejarah sikit...

*Bangunan jual tiket untuk tourists*

*Di depan Borobudur*



Di luar, kami bertemu dengan tourguide kami, En. Harsaya. Dia ni memang nampak tua, aku rasa ada la 75 tahun, tapi steady siot! Dia panjat tangga lagi laju dari kami, hahahaha.... Husband aku pujuk hati sendiri dengan kata pakcik tu tiap-tiap hari panjat, dah biasa. Ye letewww~ Hahaha...

*Pakcik Harsaya yang masih cool naik tangga*


Pakcik ni, walaupun dah tua, dia tau nak ambil gambar, okay? Cantik-cantik gambar dia ambil. Location pun bagus-bagus. Hebat betul. tak kurang daripada tu, dia punya explanation tentang setiap ukiran di Borobudur memang tiptop. Dia tahu nak explain apa, dia tahu jalan cerita ukiran ni, dia bagitau jalan cerita ni bermula dari pintu timur, pusing ke kanan (clockwise) dan tamat ke pintu utara. Di beberapa tingkat Borobudur ni, hanya 3 tingkat sahaja yang berukiran cerita ni. Cerita tentang apa? Adoi, nak cerita balik memang panjang. Korang Google je la. Karang tak pepasal habis 4 post aku cerita pasal ukiran di Borobudur ni je.


*Ni di depan ukiran anatara yang masih utuh*


Di sebabkan kecuaian aku tertinggal botol air di kaunter pembelian tiket, kami jadi ikan kering sepanjang perjalanan di Borobudur ni. Serius dehydrated! Kat atas tu MEMANG TAKDE selller air ya, jadi kalau korang tertinggal air (macam aku), sila cepatkan perjalanan, atau buat muka tebal menagih air daripada tourist lain (kalau terdesak laa). Dah la panas, panjang pulak cerita pakcik tu, air takde nak minum. Aku request skip satu floor ukiran/cerita sebab dah tak tahan sangat. Sampai di atas, kami tawaf puncak tu cepat-cepat dan ajak pakcik tu turun.

Dah la dengan panasnya, dahaganya, boleh la pulak si harseller jalanan ni stop-stop kami untuk jual barang diorang. And guess what? Mamat tu datang cari balik kami. Adohai, ingatkan boleh tak jumpa dia.  Okay, kami cepatkan beli barang, lepas tu jalan cepat-cepat. Seperti biasa, hardseller ni ikut, tapi aku tak tau kenapa diorang ni macam kental semacam, dari turun Borobudur sampai la ke parking diorang boleh ikut. Serius la, tak tau nak cakap sakit hati ke, menyampah ke, geram ke, semua ada la pendek kata. Memang betul mencabar kesabaran Serius mencabar kesabaran...

Anyway, lepas je masuk kereta, kami belasah teguk air 1.5 liter yang kami beli sebelum ni. Memang sekali teguk habis la air botol tu, hahaha...

Kemudian kami dibawa untuk menyopping. Asalnya kami plan untuk ke De Kosmo. Plannya memang nak cari satu kedai outlet seperti di Agung Bali dulu. Kedai Agung Bali di Bali dulu menjual barang keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. Lepas tu aku Google la cari factory outlet di Jogja, so diorang recommend De Kosmo. Bila sampai, kedai tu tak ubah seperti Parkson/Jusco/kedai-kedai biasa yang jual barang branded luar negara (macam Polo, Ralph Lauren etc). Mengamuk aku sebab kena tipu dengan Google, chissssss!

Lepas rasa tertipu tu, kami mengadu kat supir, jadi supir bawakan kami ke kilang pengeluaran t-shirt di Jogja. Kilang dia tu takde la besar mana, tapi tak kecik jugak, aircond pun takde tapi diorang memang hasilkan baju t-shirt sendiri, print sendiri (secara handmade ya?), jual pun di kedai sendiri. So far, kualiti memang best, kain cotton lembut, design banyak (cuma yang banyak nya gambar berhala, gambar orang, nak cari gambar pemandangan atau bangunan, memang limited) walaupun warna dan saiz limited sikit. Lepas pusing-pusing dalam sejam lebih, maka habis la dekat RM300 di sini, hahaha...

*Ni kilang baju t-shirt tu*


Kemudian, kami dibawa ke Batik Soga. Kat sini batik memang lawa, tapi mahal gila! Aku berkenan sangat dengan baju satu ni, tapi tengok harga dalam IDR700,000 (or around RM240), tapi aku nekad, kalau aku buat tukaran matawang yang last million ni, memang aku nak beli. Sebab cantik dia, memang buat aku termimpi-mimpi. Tapi apakan daya, bila dah buat tukarang wang the next day, nak ke sana semula tak larat dah sebab jarak perjalanan dalam 30min, so terpaksa melupakan hasrat hati, sob sob...

Next, kami dibawa ke Bakpia Pathok 25. Aku tak tau kenapa, out of hundreds kedai bakpia di Jogja, kedai Bakpia Pathok 25 ni jugak yang ramai orang. Kami siap ke kilang lagi kau! Sekali orang datang, satu rombongan bas sampai. Memang dahsyat. Tapi tengok la, bakpia dia memang tak main-main, sedap. besar, lembut. Bakpia dia memang buat kat situ, jual kat situ fresh-fresh. Semua batch baru. Siap ada lori untuk eksport ke kedai-kedai jugak. Kalau korang pergi sana, make sure hanya beli Bakpia Pathok (nombor) 25 sahaja. Dan tolong jangan lupa beli yang premium punya. Best flavour is Keju dan Coklat. Durian biasa-biasa bagi aku. Tapi Keju yang premium kualiti punya memang kaw, best dan lembut! Serius, pegi Jogja tak beli Bakpia Pathok 25 sama dengan kau tak pergi langsung. But beware, nak bawak balik Malaysia, pastikan korang beli antara hari yang terakhir di kilang dia ya? Sebab satu batch bakpia boleh tahan dalam 4 hari je. Kalau beli kat kedai lain, berkemungkinan stok lama punya. Kalau dah sampai Malaysia, takut berkulat tak sempat makan aje.

Lepas dah habis shopping di kedai bakpia, kami terus dihantar ke Lynn's Hotel (by Horison). Ni hotel special sebab....... Anyway, bila sampai, terus kami check-in dah pengsan dalam bilik.

Bila dah petang, sepatutnya ambil motor untuk ke castle (ni later aku cerita dalam next 2 posts) tapi sebab tak larat aje, kami ambil keputusan untuk ke Vegetarian Restauran Milas, dekat aje. Jalan kaki tak sampai 7 minit dah sampai. Tapi kami ambil masa 30 minit untuk sampai kerana...

PEMANDU BECAK!

Ada la pakcik sorang ni, dia bawak becak (or beca) duduk tepi jalan. Kami, wanting to experience new things, pegi la cakap dengan pakcik ni nak ke Milas. Dia tak tau Milas tu mana tapi aku mention Prawirotaman, so dia kata dia tau. Silapnya aku, aku gi refer kat Google tentang address Milas ni. Sebab dekat Google, address Milas ni kat Prawirotaman, tapi bila klik Google Maps, dia bawak ke jalan lain. Tu silap aku. Bila dah sampai Prawirotaman, kami tengok kat map, dah makin jauh dari restoran tu. So aku cakap kat packik tu, aku silap dan mintak dia bawakkan ke jalan tersebut (panggil je jalan B sebab aku dah tak ingat nama jalan tu). So pakcik tu kata, "Tadi nak ke Prawirotaman, sini la tempatnya", aku cakap, "Ye, saya tau, tapi saya dah silap. Saya nak ke Jalan B". Pakcik tu pun okay since kami dah buat deal yang dia hantar, tunggu dan hantar balik dengan harga IDR30k (around RM10). So, kami pun sambung perjalanan. Dalam perjalanan tu, aku refer Google Maps (sebelum tu memang dah buat research, Google Map betul, tapi alamat kat Google salah, acaner tu?). Pakcik ni bawak becak menjauhi Milas. Apa ni pakcik, tadi kata tau jalan. It turns out yang pakcik tu bawak ke jalan B, tapi hujung lagi satu (Milas kat hujung sebelah lain). Boleh pulak dia stop kat beberapa restorang lain pastu cakap, "Ha, dah sampai dah." Err, hello, I know Milas rupa dia macam mana, in fact, restoran-restoran tu takde pun nama Milas. Husband aku yang selalunya penyabar pun jadi kurang sabar. Lepas tu kami turun dan cakap, "Takpe la, kami jalan sendiri, pakcik ambil IDR30k ni, kami pergi sendiri," tapi dia insist nak bawak jugak. Lepas tu husband aku cakap (dengan nada marah/kecewa) yang pakcik tu bawa kami ke tempat salah. Dan dia cakap, ikut je mana kami tunjuk. Pakcik tu pun okay.

Lepas dah sampai semula ke hotel (yes, pusing-pusing sampai balik ke hotel balik, restorannya tak sampai lagi), sepatutnya belok kanan, dia nak belok kiri. Kami pun bising-bising cakap, "Pakcik, ikut je arah kami," tapi pakcik tu kata dia tau jalan tu, so jalan betul adalah ke kiri. Kami berkeras kata arah kanan jugak (menghala ke hotel). Okay, pakcik tu ikut. Kami dah la kelaparan, memang sabar tu tinggal sekeping je. Lepas dia belok kanan, bawak dalam 30meter camtu, bearing basikal dia patah (boleh pulakkkkkkkkkkkkk). So dia kata dia takleh nak tolong tapi dia panggil kawan dia dari seberang supaya bawak kami ke Milas. Kami cakap, "Takpe la pakcik, ni tiga puluh ribu, kami jalan sendiri". Thanking him and kami pun cepat-cepat blah jalan kaki aje. Yes, kami lalu depan hotel balik, tempat kami jumpa pakcik ni first tadi. Yes, kami pusing-pusing sampai balik ke hotel, restoran masih tak jumpa-jumpa.

Kalau naik dengan kawan dia tadi, harus la kena charge lagi kan? So, no-no, menapak aje laa...

Tup-tup, less than 5 minutes dah sampai restoran tu, semua sebab ikut arah daripada Google Maps. Best tak (baca dengan nada sinikal, kening naik sebelah)?

Bila sampai, kami order makan dan cerita tentang peristiwa tadi. Nak marah pun ada, tapi lebih kepada nak gelak. Bercampur-campur perasaan, hahaha... Serius nak marah sebab pakcik tu salah jalan. Of course, yang salah pertama sebab salah aku, salah seterusnya salah dia sebab dia tak nak dengar direction daripada kami. Tapi nak gelaknya bila kami 'terselamat' daripada dia sebab basikal dia rosak sikit. Tak kisah la bayar IDR30k pun, janji dah tak naik dengan dia. Hahaha, musibah yang menyelamatkan, pelik tapi benar.

*Menu Book Milas. Nak cari restoran ni agak susah sebab dia tersorok dan quiet*

*Makanan yang di-order*
*Nasi goreng cheese tak sama macam duu. Dulu punya, pecahkan nasi tu ada cheese meleleh di tengah, sekarang diorang masak campur je cheese dengan nasik, tak nikmat.....*


Lepas dah habis makan, kami terus balik hotel. Kepenatan untuk hari tu. Aktiviti tak berhenti, huhu...


==================================================
Perbelanjaan (dalam anggaran RM1 = around IDR3000, dibundarkan)
==================================================

- Supir for the day: IDR500k (RM170)
- Jeep: IDR450k (RM150)
- Makan nasi merah: IDR128k (RM43)
- Borobudur tiket masuk dan tour guide: IDR700 (RM234)
- Jogja T-shirt: IDR888k (RM295)
- Bakpia Pathok 25: IDR275k (RM92)
- Milas: IDR124k (RM42)

Miscellaneous spending:
- Ole-oleh Borobudur: IDR250k (RM83)
- Becak: IDR30k (RM10)

Total spending:
- IDR3,345,000
- RM1115

I know, I know, banyak sangat perbelanjaan hari ni. Tapi tengok la pergi mana. Ni tak termasuk Prambanan lagi tau. Atau mana-mana tempat signature Jogja yang lain seperti Gondola Pantai Timang, Goa Pindul, Ratu Boko, Kalibiru etc. Mau mencecah lebih ribu-riban.

Banyak belanja kat sini adalah pada aktiviti (obviously) dan ole-ole. Banyak orang nak kena ingat, hehehe...

**********

See also:

Kembara ke Jogja Day 1
- Kembara ke Jogja Day 3 & 4

No comments: