Thursday 23 February 2017

Kembara ke Jogja Day 1

Tarikh: 18 February 2017
Hari: Sabtu
Lokasi: Airport - Malioboro Garden Hotel - Malioboro Street - Hotel

**********

Flight kami adalah pada jam 10am, jadi jam 6am kami dah keluar dari rumah, since perjalanan mengambil masa 1 jam (jauh gak ek?)


Lebih kurang jam 10am, kami berlepas dari KLIA2.



*Merenung masa hadapan, konon...*

Tiba jam 11.30am di Adisutjipto Airport.

Keadaan airport di sini sangat la berbeza berbanding 5 atau 6 tahun lepas bila aku ke Jogja bawah lawatan sambil belajar UiTM Fakulti Muzik ke Universitas Gadjah Mada. Lain airport dia, tapi still agak kecil.



*Untuk check-out/imigresen, kena berjalan di atas tarmac.*



*Sempat amik gambar, hehehehe... *

Anyway, lepas dah melepasi imigresen, kami keluar untuk mencari supir kami, iaitu Mr. Erwin Hidayat. Dia bawa kawan dia bersama, iaitu Mr. Joseph a.k.a Jo (atau Josef?).

Kemudian kami terus ke hotel kami, iaitu Malioboro Garden Hotel. Sebelim berpisah dengan supir kami, dia ada recommend untuk makan ke mana di area tersebut. Dia juga bagitau kami bahawa esok dia tak dapat nak join kami bersama tapi kawan dia, Jo, yang akan bawa kami berdua ke destinasi kami.

Pada jam 12.30am, kami check in. Pelik jugak bila dapat check in awal.

Hotel ni RM100, tapi macam tak berapa berbaloi sebab bilik basic tu satu cerita, katil boleh la pulak dapat single 2 bijik. Lepas tu, mangkuk tandas berbau kalau lid dibuka. What is worse? Bila selak langsir, kita boleh nampak kaki lima untuk ke bilik sebelah sana. Basically langsir tu nampak dalam hotel jugak. Kalau la terselak masa duk tidur malam-malam, malu jerk!

Malioboro Garden Hotel NOT RECOMMENDED unless diorang tukar layout hotel diorang (tau la nak jimat, jangan digadai maruah pelancong).

Ok, berbalik kepada cerita, lepas kami dah rehatkan badan sikit, kami ters keluar untuk dapatkan lunch di tempat yang supir kami recommend, iaitu Sop Ayam Pak Min Klaten. Di sini, semangkuk sup dan semangkuk nasi + air segelas ada la dalam RM7 sorang. Rasa? Boleh la tahan. Tapi best kat sini, ayam diorang pakai ayam bela, bukan ayam daging (setahu aku la) sebab boleh rasa liat2 kulit dia.



*Ni di Sop Ayam Pak Min Klaten*



*Makan untuk 2 orang*


Kemudian, lepas bayar, kami singgah ke kedai sebelah untuk beli Lumpia (a.k.a popia). Kami beli special punya dimana lumpia itu diisi dengan ayam, sayur dan sebiji telur puyuh. Dimakan bersama sosnya (rasanya bawang yang dikisar) bersama cili hidup. Cara makan adalah kau cicah lumpia tu pada sos nya, kau makan segigit lepas tu kau gigit/patahkan cili dan makan bersama. Heaven!

On the way balik hotel, kami singgah ke restoran kedua yang direcommend oleh supir iaitu Bakso Tengkleng. For the first time in forever aku makan bakso lengkap and I LOVE it. Unfortunately, suami aku cakap ada bakso di Malaysia yang lagi sedap. Okay, aku tunggu dia belikan...



*Sini pulak di Bakso Tengkleng*



*Makan kongsi mangkuk sebab dah agak kenyang*


Kemudian kami balik ke bilik semula untuk rehat.

Dalam jam 9pm, kami keluar untuk ke Jalan Malioboro. Untuk korang yang tak tau, Jalan Malioboro ini sangat femes dengan ke-busy-an nya pada malam hari. Ni memang tempat melepak orang-orang di kawasan tersebut. Juga tempat pelancong datang menyopping since barang dia jual agak murah.



*performance di Jalan Malioboro. Sepanjang jalan ada jer performance.*



*Selain performance muzik, ada juga penglipurlara, tapi moden dah, pakai phone aje untuk bercerita*

Since kami dari Maliovoro Garden Hotel, kami berada di tengah-tengah Jalan Malioboro, jadi ke decide dengan bijak pelan perjalanan. Aku perhatikan bahawa becak (beca di sana) dan kereta kuda buat one-way di sepanjang jalan tersebut, iaitu ke arah kiri. Jadi kami berjalan ke kanan sampai ke hujung jalan dan pergi ke hujung jalan lagi satu dengan menaiki kereta kuda. Bayaran adalah sebanyak IDR60k.


*Ni kuda yang kitorang naik*

Bila dah turun ke hujung lagi satu dengan kuda, memori lama mengimbau sebab kat hujung tu ada satu pentas bertentangan dengan bank. Kat situ jugak la aku dan team dari UiTM perform gamelam sebelum kitorang menyopping di Jalan Malioboro. Oh kenangan...

Okay, balik kepada stori. Lepas kuda dah drop kami, maka berjalan la ke arah hotel semula. Masa tu dah jam 10pm, kedai pakaian/cenderahati dah ditutup. Bertukar ganti pula dengan kedai makan. Di situ jugak ada satu gerai yang supir recommend tapi kitorang tak sure kitorang pegi kat kedai yang betul atau tak. Kitorang makan di SBTB berdepanan dengan kedai batik bernama Taman Batik Terang Bulan. Memang ramai orang kat situ, Makanan pun sedap. Cuma kecewa, bila sampai hotel, kitorang dapat makanan yang berbeza. Aku punya dah betul cuma suami order Nasi Gudeg Paha Ayam Utuh dengan Bebek Goreng (itik goreng). Bila sampai hotel, baru perasan itiknya tak ada, tapi bayarnya harga ada itik. Adoi, kecewa betul!!!



*Ni Nasi Gudeg nya. Sorry, nampak tak sememeh sikit. Tapi sedap, serious!*


Anyway, lepas beli makanan tadi, kami balik hotel untuk makan dan tidur sebab esok nak gerak pagi buta.

==================================================
Perbelanjaan (dalam anggaran RM1 = around IDR3000, dibundarkan)
==================================================

- Supir airport-hotel: IDR100k (RM35)
- Lunch:
     - Sop Ayam Pak Min Klaten: IDR37k (RM13)
     - Bakso Tengkleng: IDR58k (RM20)
     - Lumpia tepi kedai Sop Ayam x2: IDR8k (RM3)
- Malioboro Garden Hotel: USD23 (RM103)
- Dinner Jalan Malioboro: IDR70k (RM24) - rugi! Takde itik yang dibayar!
- Kuda Jalan Malioboro: IDR60k (RM20)
- Roti untuk esok pagi, beli di IndoMaret: IDR45.5k (RM15)

Miscellaneous spending:

- Simkad: IDR70k (RM23) - Only internet 6GB, no call
- Selipar suami punya: IDR45k (RM15)

Total spending:
- IDR756.5k
- RM252

**********

See also:

Kembara ke Jogja Day 2
- Kembara ke Jogja Day 3 & 4

No comments: